BIOGRAFI PEMILIK



Zulkefli Abdul Hamid mempunyai kepakaran di dalam industri pembinaan sebagai Perunding Pengurusan Projek (PMC-Project Management Consultant). Khidmat yang ditawarkan oleh beliau termasuk mengadakan pelan pembinaan, menghargakan kos bangunan, membuat senarai kuantiti bahan, mengadakan dan menyediakan CPM termasuk membina bangunan dan infrastruktur sehinggalah kepada mendapatkan kelulusan untuk mendiami bangunan tersebut.
Beliau berkelulusan Sarjana Pengurusan Projek daripada Universiti Sains Malaysia, Sarjana Muda dalam Perumahan, Bangunan dan Perancangan (Ekonomi Bangunan dan Pengurusan), USM. Pernah menjadi jurulatih(trainer) dan tenaga pengajar /pensyarah kepada Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM, NIOSH, DOSH, PKK, CIDB dan Akademi Binaan Malaysia. Seorang yang kompeten untuk pemasangan Perancah (Scaffolding).  
Pernah bekerja bersama konsultan, kontraktor, pemaju dan pusat latihan serta merupakan seorang Pengarah Urusan di sebuah syarikat kontraktor kelas B, G7 - Shomecha (M) Sdn. Bhd


No comments:

Post a Comment